Followers

24 May, 2010

Semuanya dilepaskan di situ..

Dia terlantar kepanasan. Dari semalam badan telah panas, kepalanya telah berdenyut. Dia hanya mampu terbaring. Berselimut. Pandangannya berpinar. Lantas dipejam matanya dan sesekali hanyut dalam mimpi.

"Kau tak kerja kah??"

"Aku demam.."

Semua isi rumah keluar bekerja dan meninggalkan dia sendirian. Dia masih ingin baring. Badannya lemah. Kadang2 perutnya dihambat rasa ingin muntah, maka digagahkan diri ke bilik air. Mujur bersebelahan biliknya. Itupun dia merangkak.

Dia ingin ke klinik. Ambil m.c. Namun, berdiri pun dia gagal, inikan pula bermotorsikal ke klinik. Dia kini hanya mampu baring dan pejamkan mata.

Jam bergerak. Masa beredar. Dari pagi, dia terbaring dan tidur hinggalah...

Pintu kereta dibuka, dia dipapah dan didudukkan di kerusi depan. 'Pesona' itu memecut ke Hospital Putrajaya.

"Aku jenguk bilik dia jam 8 malam tadi. Gelap je. Pelik, takkan masih tidur. Tak bangun solat kah?"

"Bila kejutkan, dia hanya buka mata tapi tak boleh bercakap. Bibir dah mengelupas, macam orang kekeringan di gurun. Badan memang panas"

Namanya dipanggil bukan sekali. Badannya ditepuk-tepuk. Diam tidak berjawab. Matanya memandang wajah mereka. Tiada sepatah kata. Fikirannya nyata kosong. Tidak kenal kawan. Malah tidak sedar apa yang berlaku atas dirinya.

Dia hilang dalam dirinya.

Jam 4 pagi, selepas 2 botol air di'inject' ke dalam badannya. Dia terlantar sambil baru dirasakan ada sedikit kekuatan. Teguran pun berjawab. Sesekali nama kawan2 bermain di bibirnya. Namun, suaranya masih lemah. Langkahnya longlai tapi dibenarkan doktor pulang ke rumah.

Muntah. Muntah dan muntah lagi. Seteguk minum, seteguk keluar dari kerongkong. Dia muntah, baring dan kemudian bangkit muntah lagi. Sendinya 'menangkap'. Sengal. Kepalanya berdenyut. Pening. Sesekali muntah, badannya bagai dipaksa. Kudrat yang sedikit dikerah sehingga berkeringat.

"Allaah.."

Terpacul juga kalimah maha besar lagi maha suci. Berat sungguh sakit ini.

Perjalanan mengambil masa 3 jam. Perak ke Negeri Sembilan. Sewaktu kereta itu memasuki ruang depan rumah, jam menunjukkan pukul 11.30 pagi. Pintu rumah dikuak dan tetamu itu melangkah masuk. Tenang menyapa dia yang terbaring kesakitan dan duduk di sisinya.

Bersalaman dan berpelukan.

"Jangan menangis.." pesan ibunya.

Di tangan ibu air matanya gugur. Di bahu ibu dirasakan tempat paling selamat untuk dia berpaut. Semuanya dilepaskan di situ... segala kesakitan, segala kepenatan dan segala beban.

Pengalaman deritanya hilang tatkala melihat wajah tua itu. Wajah yang dia kenal sebelum dia boleh bercakap. Wajah yang dia kenal sebelum dia boleh merangkak.

Biar berapa usia si anak, ibu akan datang kepadanya memberi seluruh nyawa menanggung beban si anak.

Waktu itu, baru ku faham. Betapa hebatnya si ibu. Betapa mulianya An-nisa sehingga diabadikan dalam Kalamullah.

Ibu.. doakan anakmu agar dapat menjagamu.

Kerana menjagamu rupanya sukar.

Perempuan jagalah kemuliaanmu.

Kerana engkau sebenarnya terlalu mulia di 'mata' Tuhan.

Ingatlah ketika sahabat bertanyakan Dia s.a.w, siapa yang paling layak untuk diperlakukan sebaiknya. Maka dijawab "Ibumu" sehingga tiga kali ulangan soalan dan diberi jawapan yang sama.

Harapannya, perempuan menjaga dirinya sesuai dengan kehendak DIA kerana hari ini, cubaannya bukan sedikit. Mungkin ada yang tersalah langkah sehingga menjadi 'ibu segera' tetapi hormatilah status sebagai 'ibu'. Peliharalah bayi itu walau macam mana rintangan.

Mungkin sebagai seorang perempuan, ada yang tewas kepada nafsu, tetapi sebagai 'ibu'.. jangan ulangi kesalahan lagi dengan membuang bayi itu. Mungkin ini dapat menebus dosa dengan mendidiknya menjadi anak yang soleh.

Percaya atau tidak, 'ibu' mungkin kurang imannya tetapi tidak bermakna anak pun begitu. Kerana iman tak dapat diwarisi, tetapi boleh dipupuk dan disemai.

Doa anak yang soleh boleh mengubah qada' dan qadar. Biarkan ia berdoa, memohon keampunan 'ibunya'.




salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

14 May, 2010

fire EXTINGUISHER

Berbekam adalah sunnah Dia s.a.w.

Itu yg bru aku tau. Ingat ke ni amalan trun temurun org mlyu je. Isk3... sikitnye ilmu aku ni.

Biasa pnye harga; RM15 = 1 cup.

Promosi; RM20 = 3 cup.

MySpace

Murah tu. Da lme aku tingin nk wt bekam ni. Bkn senang nk dpt murah cm gini.

Tmbah plak aku ade lenguh2 belakang, x sembuh2.

MySpace

Da penah urut tp still x ilang2 lg. Mane la tau, bekam dpt atasi mslah lame aku ni.

Aku pn btau abg tu, aku nk bekam. Berani x berani jgk aku pn... Kt belakang booth HPA tu dah disiapkn tempt yg dittup ngn kanvas. Aku duduk kt kerusi. Baju da siap tanggal awl2.

Dlm ati, "jgn runtuh kanvas ni dah la.. kang kontoi xberbaju ni. Klu bdn tuff cm Remy Ishak xpe la".

MySpace

Brader tu mulakan kejenye. Tgn die da merayap2 kt belakang aku.

"Argh.." aku bersuara.MySpace

Rase mcm blakang ditoreh2 oleh brader tu ngn penuh kejam dan ganazzz.

"Sakit ke?" tny brader tu.
"Er, tak.." Aku jwb cover. MySpace

Sbnarnye aku x psti sgt... Aku msih pikirkn ape brader ni wt kt blakang aku.

"Dah kuarkn darah ke?" tny aku lg. Nak kepastian, mklumla... 1st timer.

"Blom, baru picit2 nak tanda area bekam." jwb brader tu.

Ceh..... ingat ke dah. Rupenye lom toreh lg.

Berapa pnye pnakut daa. Hehehe..MySpace

Sekian.


Aku mzke: Sesuai x cite ni ngn tajuk post??

Pembaca: __(isi tempat kosong)__

Aku mzke: Da tau da, mesti nk tnye ape kaitannye kn? Muke pn nampak sgt x puas ati. Memang x sbar!!

Pembaca: __(isi tempat kosong)__

Aku mzke: Msti korang kutuk aku ni dlm ati.

Pembaca: __(isi tempat kosong)__

Aku mzke: Tgk tu... tnye lak mane aku tau. Aku tau la, senang je nk phm korang.

Sambungan;

Wktu aku bz berbekam tu sbnarnye time ngah keje. Alaa... istilah org keje ckp.. pegi ngulor.

Hahaha...

Aku tgh tensen mase tu. Bru pas kene marah ngn bos. Psl pemadam api la!!

Aku xsedar yg pemadam api tu dah diangkut untuk servis sedangkan hari tu aku ade audit. Auditor ni plak tegur psl tu. Bengang la bos aku.

Aku pn bengang gak.. 1st, psl dorg angkut x bgtau. 2nd, aku slalu gak cek pemadam api ni boleh kate tiap2 bln. Cume aku miss time tu je. Tp nmpak di mate bos aku, seolah2 aku xwt keje langsung hny krn mase tu pemadam api tu xde.

Tensen...

Tp mgkin ni la perasaannya bile kite wt keje, tp xcukup ikhlas. Bile org x hargai keje kite, kite jd marah, jd kecewa sgt. Pdhal kite ptut sedar, kite dinilai oleh 1 lg juri... iaitu DIA.

Ape perlunya penilaian org.. buat la sbaik mgkin krn DIA. Bila ikhlas itu dtg, maka kite akn dihargai oleh org lain. Namun, jika kita tidak mendapat ape2 balasan n penghargaan dr mereka... senyumlah.. krn kite tetap akn mdpt ganjaran DIA hny krn kita ikhlas kpd DIA.

Moral post kali ni... Bekam sunnah Dia s.a.w.

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

07 May, 2010

Balqish

Ini cerita pasal Balqish.


Ini bukannya sebuah drama di TV3, Cinta Balqis. Tiada watak Adam (ralat: nama watak Cinta Balqis adalah Hassan seperti mana yang diperbetulkan oleh adeqsayang. Aku mzke tersalah sebab sekarang tengah syok follow cerita AdamMaya. Hehehe). Tiada watak Mak Biah. Hanya cerita pasal Balqish dan bukannya Balqis.


Cerita ini simple. Tidak serumit episod Adam ditangkap khalwat dengan Mimi. Sehingga penonton tertanya-tanya, mengapa bila Mimi dikhabarkan jatuh pengsan, yang pergi menjenguknya ialah Adam. Sedang Mak Biah dan Balqis menunggu di rumah dengan perasaan gelisah. Apa salahnya jika mereka bertiga sama-sama menjenguknya kerana Mimi bukan orang lain, jiran mereka juga. Alahai, inilah jalan cerita Melayu yang tak perlu dibincangkan lagi.


Balqish mungkin rasa bersalah menolak pelawaan En Jul. Dia tahu En Jul bersungguh-sungguh mengajaknya makan. Apa boleh buat, Balqish menolak bukan kerana tidak sudi tetapi dia berpuasa. Namun dirahsiakan puasanya dari pengetahuan En Jul.


En Jul buat-buat merajuk bila Balqish datang 'menebus kesilapannya' di hari yang lain. Pelawaan minum cendol ditolak mentah-mentah dengan alasan Balqish juga menolak pelawaannya tempoh hari.


Apa yang Balqish tidak tahu, awal-awal lagi En Jul sudah berjanji dengan kawannya untuk keluar atas suatu urusan pada waktu makan itu. Lagipun dia tidak terasa ingin makan kerana perut masih kenyang. Yang jelas, En Jul menolak untuk berpura-pura membalas balik apa yang pernah Balqish lakukan kepadanya.
Sebaik urusannya selesai, En Jul dan kawannya bergerak pulang dan kebetulan melalui hadapan sebuah warung yang terpampang papan tanda 'Cendol'. Cuaca yg panas terik, menarik mereka singgah.

Hati En Jul berkata sendirian, "Mungkin cendol ni adalah rezeki aku hari ini. Walaupun aku menolak pelawaan Balqish, tapi aku tetap berhenti dan minum cendol di sini. Oooh, alangkah sedapnya kalau dapat menikmati Cendol Pulut."


Lantas, En Jul segera meminta Cendol Pulut. Kepalanya mula terbayang-bayang pulut yang akan muncul dari kuah santan itu sebaik dicedok. Dihirup sedikit demi sedikit cendolnya. Terasa begitu segar. Santan yang masin dan sungguh lemak ternyata membuka selera.


Tiba-tiba En Jul mencedok berulang kali. Dicari-cari tetapi tetap tidak dijumpainya. PULUT!Mana pulutnya? Rupanya pekedai itu lupa memasukkan pulut dalam cendol. Malas memanjangkan perkara itu, En Jul pasrah.


Sesampainya di pejabat, En Jul terus menuju ke meja. Terkejut dengan apa yang dijumpainya.


"Ini mesti kerja Balqish.." detik hatinya.
En Jul tersenyum sendirian. Balqish ini rupanya tidak reti mengalah. Sudah ditolak pelawaan tapi masih mahu dibungkuskan cendol. Dua gelas cendol diam di atas meja En Jul. Tiba-tiba s.m.s dari Balqish menjengah ke kotak mesej.


"Cendol itu untuk En Jul n Cikgu Voltox"


En Jul yang pantang diberi makanan percuma. Tak pernah menolak. Bersama-sama Cikgu Voltox, dia menikmati cendol Balqish walaupun baru sekejap tadi cendol yang seakan-akan sama (berlainan tuan) baru sahaja masuk ke dalam perutnya.


Apa yang mengejutkan, En Jul mendapat PULUT dari cendol Balqish.


"Aku tak ada pulut" beritahu Cikgu Voltox sebaik ditanya pasal cendolnya.


Dalam kita berdoa..


Kita mengharapkan permintaan kita dikabulkan. Kita mahu ianya diberikan seberapa segera. Kita mahu ianya datang kepada kita mengikut apa yang kita rancangkan atau apa yang kita usahakan.


Dan DIA berfirman, "Berdoalah, nescaya Aku kabulkan"


Maka tiada perkataan sebenar-benarnya.. melainkan dari DIA yang tidak berkehendak kepada pembantu.


Pastinya DIA akan memberi. Pemberiannya mungkin tidak sama, bahkan LEBIH BAIK.


Mungkin juga bukan dengan cara yang kita harap-harapkan, kerana cara DIA lebih UNIK dan penuh KEJUTAN.



salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe


p/s: Balqish; dicatat namanya di blog ini bagi menghargai kebaikannya. Err.. cikgu voltox?? sorry sy terpaksa masukkan dia sekali kerana dia ada masa makan cendol tu. Asal mkn je, ade..
MySpace

05 May, 2010

Angka 0

Byk yg telah btanye.MySpace

Mber aku kt kolej dulu. Mber kt Terengganu. Bekas awek (err..bkn bekas awek.. Xsempat nk kapel dah kene rejek. HuHu.. ). Jiran sebelah umah. Brader jual air soya kt tepi jln. Malah, bekas lect kolej tmpat aku amik diploma pn btnye.

Sume nk tau, kalau2 tmpat aku keje skg ni ade keje kosong ke x.. Aku ckp nanti la aku tgk2kn.
MySpace

Aritu kt webst tmpat aku keje, da kuar iklan keje kosong. Mlm tu lps maghrib je, smbil melunjurkn kaki ats sjdah.. aku amik nset n taip msg.

{ ada jwtn 0 di ****. Tgk webst ****.edu.my. Klik e-iris>ikln jwtn pntadbiran>pilih }

-- send message--

Mber aku kt kolej dulu. Mber kt Terengganu. Bekas awek (Die rejek mgkin sbb aku xckup cute. HuHu.. ). Jiran sebelah umah. Brader jual air soya kt tepi jln. Malah, bekas lect kolej tmpat aku amik diploma pn dpt msg aku.

Skjap je byk msg reply msuk.. {TQ}

Aku snyum bile tau msg smp kt dorg tp dlm ati, "jgn la bil mxis aku cpt cecah kdt limit. Masak aku nanti!!"
MySpace

Lps 2 3 ari.. kebetulan aku terserempak ngn jiran aku kt luar umah. Aku ngah memotong rumput time tu, die lak bru balik keje.

Jadi aku pn tanye.

"Ko da cek lmn web yg aku bg tu? Da apply?"

Jiran jwb.

"Aku bce sms ko. Aku tgk ko taip.. jwtan 0. Aku pkir xde jwtan.. dah kosong, so aku x buka la webst tu."

"Hampehh die ni!"
MySpace

Ckp dlm ati la. Ckp dpn2 kena debik kang! Da la mamat ni ade muscle. Main besi pnye org.

Byk org sibuk cri keje. Yg blom ade keje, bz cr iklan keje n isi borg keje. Yg ngah keje pn, bz gak.. nk tukar keje. Nk lari ke tmpat lain. Mgkin xsesuai ngn tmpat lama. Atau nk gaji n pgkat yg jauh lbih baik.

Slalu dulu ade org nasihat.. jgn amik course ni.. susah keje nanti!
Tu mase nk isi borg msuk U. (skg dah online.. zmn aku la berborang-borang)

Kendian org ckp plak.. xde kabel memang susah dpt keje.
Tu mase da abis blaja. Zmn belek2 surat kabar cr iklan kosong. (yg ni pn da byk online jgak)

Mcm mane pn kite wt.. pokok pangkalnye berbalik pd soal rezeki. PERCAYALA...!!

Ini ckp org2 tue cm aku.. jd wajar la dpercayai krn byk isinye ats dasar pengalaman. (Hehehe.. mcm meyakinkan je intro aku ni)

Dlu aku ade kenal ngn bdk2 dr course biase2 je.. x gempak cm medic or engine la. Course dorg xla susah.. ini pdpt aku la. Dorg x plu blaja fizik, add math atau pelbgai killer subject lain. Penah time nk plih course, aku teringin nk amik course cm dorg ni, tp aku dibtau susah dpt keje. So, aku xjd amik. Tp bile aku tgk2 balik... muhasabah blik.. ok je.. rmai je graduan dr course tu yg cpt dpt keje. Jd kt mane tepatnye andaian td tu?

Pnah jg jupe yg amik course medic atau engine.. Merungut susah dpt keje. Alasannya xde pgalaman, org x amik. Kne ade kabel. Jd mane logiknye ckp course2 ni senang dpt keje??

Berblik pd cite jiran umah aku.. dah terang2 aku sms keje kosong.. bole plak angka 0 di situ ditafsirkn sbg tiada apa2 keje!

Inilah rezki. Bila da kte bkn rezki die, wpn siap aku bgtau ade jwtn 0.. tp tetap jgk x mohon krn salah sgka.

Jgn pkir sesuatu yg mcm pasti kite leh dpt adalah rezki kite. Krn mcm pasti disitu bkn jaminan.

0 bkn bererti tiada.

jwtan 0 maknenye jwtan kosong!! Maknenye.. jwtan yg perlu diisi.

Seekor kuman memang tak nampak di mata. Kosong. Namun ia ada.

Sebiji belon yang kembung ditiup. Kosong. Namun ada udara di dalamnya.

Hakikat ketuhanan pun begitu. Tak mampu melihat Tuhan tak bermakna DIA tiada.

Jgn cpat membuat tafsiran, krn tafsiran tnpa ilmu.. sentiasa membinasakan.

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe