Followers

09 April, 2010

Mana?!!

Di sebuah rumah, di Kampung Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. Seorang ibu sedang menyiapkan lauk pauk untuk makan tengahari.

Hari ini ada pembaharuan pada lauk masakan Teh. Sudah lama dia tidak menjamu anak-anaknya dengan 'bahan' istimewa ini. Berbunga hatinya kalau-kalau mereka gembira menikmatinya.

Masakan panas itu segera dihidangkan. Asap berkepul-kepul ke udara. Bau harum masakan ternyata mengundang rasa lapar kepada anak-anaknya, terutama Megat yang baru mencecah usia 10 tahun. Seronok kerana makanan telah terhidang, Megat lantas mendekatinya.

Bermulalah bicara ibu dan anak dalam dialek Terengganu.

"Hari ini Mok masok ketang. Makang la" beritahu Teh kepada Megat. 'Ketang' itulah bahan istimewanya hari ini.

Megat tersenyum mendengarnya. Lantas tangan dibasuh, pinggan diambil dan dicedokkan nasi oleh ibunya. Kemudian Megat memegang sudu lauk yang dikatakan ibunya tadi. Dibalik-balikkan 'ketang' menggunakan sudu dan dicedok-cedoknya kuah bagai mencari sesuatu. Tidak juga dicedok atau diambilnya 'ketang' itu ke pinggannya.

Muka Megat mula menunjukkan rasa kurang senang. Ternyata dia seperti tidak menjumpai apa yang diingininya.

"Mok... mane ketang??" tanya Megat dengan raut wajah yang nyata kecewa.

Teh kehairanan. Sudah terang-terang 'ketang' itulah yang disajikannya.

"Itulah ketang... " ujar Teh.

"Mane? Takdok pung" Megat mengeluh lagi.

Bertambah kehairanan Teh dibuat Megat. Teh mula ingin mendapat kepastian.

"Inilah ketang, Mok masok ketang kang! Megat cari ape?"

"...Cari ketang la" getus Megat kecewa.

Teh mula faham apa yang dicari Megat.

"Oo.. Mok masok ketam. K.E.T.A.M... Bukan masok KENTANG"

Kali ini Megat pula mengangguk faham.


************************************************************************

Pasti datang! Tidak cepat dan tidak lewat. Selalu pada masanya.

Kita tidak boleh lari dari takdir. Takdir adalah ketentuan DIA.

DIA mentakdirkan apa yang DIA mahu.

Dan bukan apa yang kita mahu.

Kerana..

DIA adalah TUHAN.

Mungkin takdir tidak menyebelahi kita. Sehinggakan kita merungut dan kecewa. Megat juga kecewa. Mahunya adalah kentang.. kerana fikirnya kentang adalah takdirnya.

Kemudian ternyata yang diberi adalah ketam.. kerana itulah takdirnya.

Seringkali kita gagal untuk memahami takdir. Kemudian apa yang diperoleh, apa yang berlaku, menjadi bahan penyesalan yang panjang. Sebenarnya bukan susah memahami takdir, kerana apa yang perlu... berbaiklah dengan DIA.

Megat boleh lebih dahulu tahu andai dia ber'baik' dengan ibunya. Menjenguk atau menawarkan diri untuk sama-sama menyiapkan sajian tersebut.

Apabila Megat memilih untuk 'jauh' dari ibunya, maka dia sendiri tidak tahu bahan masakan ibunya.

Kita dan DIA harus tidak 'jauh'. Seharusnya!!!

Kita berkehendak, sedang DIA juga berkehendak.

Kita meminta kepada DIA dan meletakkan harapan. Dalam lupa, seolah-olah mendesak supaya permintaan dikabulkan.

Kita menerima, sedang DIA memberi.

Malahan kerana DIA memberi, maka DIA lebih berhak untuk menerima..!!

Bersyukurlah dan fahami SI PEMBERI.

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

14 comments:

s.c.h.u.l.t said...

tak. saya sepenuhnya agree ;)

nice tazkirah.

adikeica said...

aaaaaaaaaaaaaaaa, sangat suka entry ni!
Time kasih~

Dia yang memberi!

voltox said...

terbaik la sheh..sebenarnya megat tu ialah ko sendiri..tapi ko ubah sedikit umur sebenar megat tu kan..aku tau sheh..

pesan aku pada ko..belilah ketam kayu di kedai ketam..hehehe

apa pun the best post utk tahun ni..

engkau meminta Aku memberi..
engkau tidak meminta Aku tetap memberi..

aku mzke said...

engkau meminta Aku memberi..
engkau tidak meminta Aku tetap memberi..

waah... ayt ringkas je tp makne mendalam la En Voltox. Ske la ayat2 tu.

megat tu spupu la. Ahaha...

Evolusi seekor ketam:
ketam = ketam kayu = isketambola = sebuah negara


&
Thanks yea... =)

aku mzke said...

s.c.h.u.l.t
Time kasih... ade tgk profile awk, awk ngaku comey. Bia sy menyokong! Hehe.

aku mzke said...

Adikeica..
Time kasih.. komen awk penyeri kotak komen blog sy ni. Hehe..

skg pn ade usha2 blog awk tu. Cume jrg bg komen sbb tgk awk pn dah rmai peminat. =)

adikeica said...

eh..haha..saya x paksa baca blog saya pon sbb saya rasa blog saya mcm x bagi manfaat pada org lain pon..saya baca blog ni sbb suke baca tapi x paksa org baca blog saya pon..

hahaha..ramai peminat? lol

theSkycrapper said...

mu ni brother..dari ketam ke kentang, dari kentang ke takdir..jauh betul aku merantau baca entry ni..haha..btol2..mendalam ayat itu..nasib baik aku fhm lagi..terima kasih..

lalala.... said...

itulah takdir megat..apa yg diingini tdk kesampaian..tkdir ko plak cmne?......adakah ko akan ditkdirkn utk menjadi raja suatu ari nnt? atau menjadi pelakon? penyanyi? atau hanya seorg pengemis....takdir itu st ketentuan Allah..Allah berhak utk menentukan segala2nya...jgn kita pertikaikan...apa yg pnting kt berdoa untuk mendapt apa yg trbaik drpd DIA....

aku mzke said...

salam

adikeica..
tq.. sy bce blog org just nk tgk2 pglmn org.

skycrapper..
tq.. kdg2 manusia perlu diingatkn dgn cara yg die x terfikir.

lalala..
tq.. komen terbaik!

adikeica said...

hei update la!!hehe

hamba allah said...

Takdir bkn 1 kbtlan ttp adlh ketentuan Allah yg sudah diukir di luh mahfuz. Kt hndklah prcy n mnerima ia sbg qada n qadar yg mnjd slh 1 rukun iman.

Allah menganjurkn kpd manusia utk memilih takdir trbaik bt dirinya, bkn sekadar takdir yang baik tp yg trbaik.

Kadangkala kt trdgr bhw jodoh, rezeki n ajal adlh takdir Allah, sdgkan takdir Allah bkn trbatas kpd 3 perkara itu sj,bahkan, meliputi semua yg trjd di dunia ini.

Alam semesta tdk dberi ksmptan utk memilih takdirnya. Sdagkn manusia dberi kebebasan utk memilih takdir yg diinginkn. Takdir manusia yang rajin, sabar dan tabah ialah kejayaan n kecemerlangan. Takdir bg manusia mls,sengsaralah hidupnya.

Nasib yg menimpa manusia, Allah tdk tntukn tp manusialah yang menentukn. Perbyknlah brdoa kerna ia dpt mengubah takdir.

aku mzke said...

Hamba Allah memang benar... teruskn memberi pandangan bernas awk.


Adikeica..
xsempat la... otak kosong2 gitu..huhuhu.

Naim said...

haha....
bagus cerita cik Zul ni...

orang Kelantan sebut macam mana ya?

@naimisa