Followers

22 October, 2009

Mesti Baca : Rahsia Sampin Melayu!

Rahsia..
Apa yang kita faham tentang rahsia. Kalaulah rahsia merupakan perkara yang tidak boleh diketahui orang lain melainkan diri kita sendiri, mengapa kita berkongsi rahsia dengan orang terdekat, kawan-kawan contohnya?

Dan bila kita menceritakan rahsia kita, diakhir perbualan kita akan ingatkan supaya tidak diceritakan kepada orang lain kerana RAHSIA!

Si pendengar tadi kemudiannya akan menceritakan kepada orang lain dan dengan cara yang sama akan memberi ingat supaya..

"Jgn citer kt sape2. Ni RAHSIA!!"

Kalau perkara ini berlaku di pejabat, berkemungkinan besar RAHSIA yang dikatakan RAHSIA ini sudah diketahui 1 pejabat. Tetapi tidak perlu dirisaukan kerana semua orang pejabat tahu yang perkara itu adalah RAHSIA dan TIDAK BOLEH DICERITAKAN KEPADA SESIAPA.

Apa sebenarnya yang dipanggil rahsia? Sesiapa sahaja mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengetahui sesuatu rahsia jika rahsia ini dibongkarkan. Adakah rahsia yang telah didedahkan masih lagi dikatakan sebagai 1 rahsia?

Melayu adalah 1 bangsa yang penuh dengan mistik. Sehinggakan dikatakan alam Melayu adalah alam yang penuh dengan 1001 rahsia yang masih belum terungkai. Baik dari segi peradaban, adat dan tradisi serta pemakaian orang melayu. Adakah rahsia Melayu tidak boleh diceritakan? Walaupun dikongsi dengan sesama Melayu??

Sampin adalah sebahagian daripada persalinan Melayu sejak sekian lama. Masih diamalkan walaupun pada keraian tertentu seperti hari raya, sembahyang jumaat dan pernikahan. Umum mengetahui dan memakai sampin tetapi sedikit mengetahui rahsia bersampin!

2 daripada rahsia-rahsia sampin akan saya dedahkan di blog ini. Pendedahan yang jarang-jarang dilakukan untuk tatapan khalayak.

Perkara tentang rahsia sampin saya ini berlaku kepada diri saya. Oleh sebab itu, saya berani bercerita kerana kebenarannya terbukti.

Pada 2 hari raya yang berlainan, saya seperti kebanyakan lelaki Melayu yang lain mengenakan busana baju Melayu lengkap bersampin. Pada kejadian yang pertama, saya telah merancang untuk membeli sepasang baju Melayu yang bersaiz besar. Ini kerana saya risau memikirkan berat badan yang senang bertambah. Kerisauan ini ada asasnya memandangkan sambutan hari raya akan disusuli dengan jemputan rumah terbuka yang tidak putus-putus. Memang merisaukan... pheww!

Pada kejadian kedua pula, saiz tidak menjadi masalah kerana ukuran pakaian kali ini cukup sempurna dengan badan saya dan saya amat bersyukur. Pada awalnya, tiada apa-apa masalah, sehinggalah saya hendak menunaikan sembahyang Jumaat kerana berkebetulan raya telah jatuh pada hari tersebut.

Apabila bersampin pada kedua-dua hari kejadian, saya mula menyedari yang saya perlu kekal bersampin. Ini adalah rahsia bersampin saya.

Pemilihan baju bersaiz besar juga bermaksud memberikan saya seluar yang bersaiz besar. Seluar tersebut yang jika dipakai tanpa sampin, nescaya akan melondeh hingga ke bawah. Mahu tidak mahu, sampin perlu dipakai kerana ikatan sampin itu memegang bahagian pinggang seluar itu. Maka sepanjang hari saya bersampin sambil melayan tetamu. Hinggakan untuk lepak dan menonton tv pada hari tersebut saya tidak menanggalkan sampin kerana menanggalkannya bermakna seluar akan terlondeh. Perkara ini tidak diketahui orang. Ini RAHSIA SAMPIN YANG PERTAMA.

Apabila terlalu ramai tetamu datang pada hari kejadian kedua, saya antara orang yang sibuk melayan mereka. Ke sana ke mari, menghidang makanan dan minuman, mengangkat dan mengemas pinggan dan cawan yang sudah digunakan. Makin banyak orang yang hendak dilayan, makin pantas pergerakan saya berulang-alik antara ruang tamu dan dapur. Di sinilah berlaku perkara yang tidak diingini, kerana dalam saya melangkah, saya secara tidak sengaja menyebabkan bahagian bawah seluar terkoyak. Ironinya, sampin telah menutup koyakan itu daripada pengetahuan umum. Ini RAHSIA SAMPIN YANG KEDUA.

Sampin tersebut juga membolehkan saya menunaikan solat Jumaat walaupun seluar terkoyak. Aurat saya masih tertutup dan saya juga tidak perlu merasa malu kerana tiada orang yang tahu. Syukur.. Alhamdulillah. Segala puji bagi DIA.

Sekadar itu rahsia yang dikongsi bersama. Ingat, jangan beritahu sesiapa kerana ini adalah rahsia.

Sebagaimana yang pernah diberitahu oleh seorang Ustaz, rahsiakanlah segala dosa atau maksiat saudara dan biarkanlah ianya menjadi pengetahuan saudara dengan DIA S.W.T.

Mengapa perlu dirahsiakan?

Jika masalah seluar terlondeh dan terkoyak diketahui orang, bayangkan berapa ramai yang mengejek. tidak kurang yang cakap-cakap belakang. Berapa ramai yang akan bercerita, yang akan mengatakan, "Saya nampak, saya saksi seluar dia koyak/londeh". Masalah yang sekecil itu, akan menjadi besar.

Izinkan saya mengemukakan 1 teori mudah.. jika saya mencuri di sebuah kedai tanpa dilihat oleh sesiapa. Cara menebus kesalahan itu, ialah memulangkan semula barang curian. Namun jika dilihat oleh penjaga kedai atau tuan kedai, maka saya akan dihadapkan ke mahkamah dan dibicarakan. Orang yang melihat kejadian curi itu berhak menyatakan kesaksiannya ke atas perlakuan saya tadi.

Maka rahsiakanlah maksiat saudara. Insya Allah, apabila saudara bertaubat, hisab saudara akan menjadi lebih mudah tanpa kehadiran saksi-saksi tadi. Mungkin sesetengah orang beranggapan ini adalah sikap hipokrit. Akan tetapi inilah pilihan terbaik yang kita ada untuk menghadapi waktu berkumpulnya seluruh anak Adam untuk ditontonkan balik amalannya. Bahkan kita sebenarnya tidak mendapat apa-apa manfaat jika maksiat kita diperlihatkan selain pandangan serong masyarakat dan terus hanyut bersama rakan-rakan sealiran. Saya juga kurang bersetuju jika merahsiakan dosa dikatakan 1 perbuatan hipokrit.

Ingat, setiap saksi akan dipanggil memberi kesaksiannya kerana ini adalah sifat keadilan DIA. Maha Adilnya DIA.

p/s: Phm ke ape aku nk ckp?? MySpace
klu x phm, tah ler... pkir la lame2 skit
n bce 365 kali sehari selama 365 hari.MySpace

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

6 comments:

voltox said...

hehehe..patut la bos ko suka pakai sampin masa hari jumaat..hehehe

menarik sgt ko terangkan pasal rahsia tu..betul juga kan..kata rahsia..tapi cerita gak kat orang..sebab tu la pepatah melayu kata..mulut tempayan boleh ditutup..mulut ko?hehehe..

pasal rahsia tentang perbuatan maksiat kita buat tu memang sgt betul..Allah sendiri menutup keaiban hamba2Nya..

apa pun terima kasih la sebab bagitahu rahsia sebenar tentang mengapa perlu bersampin..koyak tu kat mana ye..kat bahagian bawah?kurang jelas la..cerita la lebih lanjut..boleh aku gelak lebih2 lagi..kahkahkah..ko beli baju melayu kat mana..nape cepat koyak..hahaha

apa pun menarik post kali ni..dgr cite ko merahsiakan umur ko kat orang ramai..betul ke..kikiki..

Raithab said...

aku tak kisah ttg rahsia tadi...yg aku nak tau,,apa rahsia KEBOROIAN ko?......cepat lah..bgtau...cepatlah...

rahsia tadi sebenarnya ada kaitan dgn keboroian ko..tapi ko tak cerita pun secara detail bab tu...

naim isa said...

Rahsia sampin untuk pakai pada hari yang istiemwa dalam hidup....

bila nak dikhabarkan?

aku mzke said...

voltox..
umo bkn penghalang mencapai cita2.
Koyak tu bleh jd kt mane2 je.. yg sebok nk tau nape?

raithab..
komen ko dh klua topik. So aku no komen!!! Hahaha...

naimisa..
dikau pn dgr cite dah mule serius dgn seseorg.. Nape x dikhabarkan pd abg seniurrr ni?

Siti Busana Pengantin said...

Ingatkan rahsia apa lah tadi. Kiki..

Anyway cakap pasal sampin, kalau nak cari sampin murah2 bawah RM100 boleh tengok kat http://terataksongket.blogspot.my atau kalau ada instagram follow Terataksongket. Kalau badan saiz besar dia ada buat servis cantum sampin.

Siti Busana Pengantin said...

Ingatkan rahsia apa lah tadi. Kiki..

Anyway cakap pasal sampin, kalau nak cari sampin murah2 bawah RM100 boleh tengok kat http://terataksongket.blogspot.my atau kalau ada instagram follow Terataksongket. Kalau badan saiz besar dia ada buat servis cantum sampin.