Followers

18 May, 2009

doktor pun betul.. MAKCIK LAGII BETUL

Dikisahkan kpdku oleh adikku, maka bercerita adikku akan pengalaman kerja barunya sbg pelatih perubatan pergigian di sebuah klinik gigi milik penuh kjaan di sebuah negeri di pantai timur. Telah bermula rutin tugasnya, berada di samping doktor gigi dengan membantu yg sewajarnya. Melayan dengan penuh sabar karenah-karenah pesakit yang terdiri drp pelbagai lapis usia.
Dijadikan kisah, salah seorang pesakit pd pg itu, seorang makcik yg sudah lanjut usia, perlahan geraknya tp manis dan bersopan tutur katanya. Perlahan memasuki kamar perubatan dan di sapa dengan penuh hormat oleh doktor gigi.
"Assalamualaikum, nk cabut gigi ye, makcik?"
"Waalaikumussalam. Ye, doktor. Sebatang je."
"Makcik duduk dulu, biar sy periksa semua gigi makcik." jawab doktor, jujur dengan tugasnya. Semua pesakit mesti diberi layanan sewajarnya, seadilnya dan sebaiknya tanpa mengira laki-laki atau perempuan, tua atau muda.
"Sebatang je, doktor.."
"Duduk dulu makcik" arah doktor sebaik melihat makcik yg agak keberatan untuk duduk sebaik sahaja doktor mahu memeriksa semua giginya.
Dalam senang, ada payahnya.. Makcik tua itu mengambil tempat di kerusi sambil dibantu adikku yg sedari td menunggu untuk membantu pesakit jika diperlukan.
"Makcik jangan risau, biar sy periksa dulu semua gigi makcik. Lepas tu kita cabut gigi yg makcik maksudkan tu?", sekali lagi doktor cuba mententeramkan hati makcik itu. Dia faham, ramai pesakit mempunyai masalah gigi yg teruk dan risau doktor mencabut gigi semua gigi rosak mereka.
Adikku yg dr td leka menyiapkan peralatan pergigian, bergerak ke sebelah doktor dengan set alatan yg lengkap. Makcik tadi tenang duduk di kerusi.
"Sebatang je doktor" makcik itu masih lg mengulang-ulang ayat yg sama.
"Ye saya tahu" Jawab doktor yg mula kebosanan.
"Buka mulut makcik!"
Nah! Terpampang jelas di mata seorang doktor... sebatang gigi di rahang seorang makcik yang jujur kata-katanya, jelas penerangannya. Sebatang gigi yang tegak di gusi kosong tanpa gigi-gigi lain di sisi sebagai teman. Sebatang gigi seperti yang dijelaskan, "Sebatang je...!"
Adik ku?
Adikku tersimpan senyumnya di balik topeng muka yang membalut sebahagian wajahnya.


Perician artikel:
1. Semua pendapat pada dasarnya adalah betul. Boleh diterima dan boleh ditolak. Setiap pendapat diberikan ada sebabnya. Contohnya, doktor hendak memeriksa semua gigi krn berpegang kpd pelajaran kedoktoran...makcik itu yg menyatakan hanya sebatang gigi krn mengetahui giginya memang tinggal sebatang dan doktor itu takkan dpt memeriksa gigi-gigi lain. Jd elakkn berbalah jk ada antara kita berlainan pendapat. Terimalah pdpt yg kita rasa sesuai dgn jiwa kita dan biarkan org lain memilih pdpt yg sesuai dgn jiwa mereka.
2. Nikmat DIA tak terkira. Hnya disedari bila nikmat itu hilang. Ibarat gigi tadi.
3. DIA maha PEMURAH dan maha PENYAYANG. Walaupun ditariknya nikmat gigi, tapi msih diberikan nikmat gusi yg masih mampu membolehkan manusia menikmati makanan walaupun jenis makanan lebih lembut. Sedar atau tidak, dlm usia seperti makcik itu, perutnya sendiri sudah tidak mampu menanggung makanan yg bersifat 'keras' yg mgkin boleh menyebabkan meragam. HIKMAHNYA... tiada gigi itu.
4. Pengulangan berterusan makcik itu pada ayat "Sebatang je".. entah mengapa mengingatkan aku pada cerita Bilal bin Rabah, tatkala diseksa dia melafazkan, AHAD ( ALLAH yang ESA). Lailaha illallah.. Muhammadur Rasulullah!


"Sebatang je doktor"
salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe