Followers

23 March, 2009

Burung itu berlari..

Kebiasaan pagi aku bermula di atas motorsikal sewaktu aku mula memacu ke tempat kerja. Jika waktu untuk aku punch in masih banyak, maka aku perlahankan pulasan picu minyak. Jika waktunya suntuk, maka kupercepatkan. Dan waktu itu, pasti buntutku melambung-lambung bila tayar motorsikal melanggar sahaja rintangan bonggol di jalanan.




Setiap pagi juga begitu. Hanya berbeza bila di hujung minggu. Lain-lainnya, tetap sama.. pagiku bermula di atas motorsikal.



Di kesempatan itulah, biasanya aku mengambil peluang menikmati sejuk pagi. Makin laju motorsikal kupacu.. Makin deras dan sejuk terjahan angin ke mukaku. Biasanya, aku mengurangkan kelajuan sekitar 40 km per jam saja. Di situ, aku bisa menikmati sejuknya pagi dan indahnya alam.




Seringkali burung si gembala kerbau melintas terbang. Riang dan bebas. Sehingga aku kagum dan mahu bebas sepertinya.




"Best betol jd burung.. Takde nak pikir masalah. Terbang je.."




Si burung tadi mula turun ke tanah. Kali ini tidak lagi terbang, bahkan melompat dan seakan-akan berlari sewaktu motorsikalku lalu hampir padanya. Aku terdiam dan dalam hati berkata, "Terbang la burung.. kau boleh terbang, mengapa tak terbang??"




Seolah tiada terkesan dengan bicara hatiku. Dan memang burung itu tidak mendengarnya. Asyik sekali burung si gembala kerbau melangkah. Setapak dan setapak. Kemudian datang kawannya. Kemudian sama seiring, menapak selangkah demi selangkah.


Makhluk Tuhan yang berkepak itu tidak lagi menggunakan kepaknya. Bahkan mereka seronok berkaki, berjalan dan berlari. OH.. MENGAPA BURUNG YANG BERKEPAK MASIH MENGGUNAKAN KAKI, SEDANG AKU YANG BERKAKI INGIN BERKEPAK DAN TERBANG KE UDARA.. ADAKAH AKU TIDAK BERSYUKUR?


Perincian artikel:

1. Kita manusia sebaik-baik makhluk. Jadi janganlah terfikir untuk menjadi makhluk lain hanya kerana kita tengok kehidupan mereka lebih baik daripada kita.

2. Belajar bersyukur dengan apa yang kita ada dan gunakanlah ke jalan yang betul.



Jangan lupa untuk bace artikel Sambung cerita...

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

1 comment:

naimisa said...

Burung pun pening kepala...

'Di mana lagi mahu aku cari makan?'
Banyak hutan sudah ditebang.