Followers

09 January, 2009

Hepi Tahun Baru, Selamat New Year!!!

Azam tahun ni nak berenti merokok!!
...hehehe.. Digelakkan orang.

Azam tahun ni nak start blaja awal sem n taknak study last minute!!
...hehehe.. Digelakkan orang.

Azam tahun ni nak kuruskan badan!!
...hehehe.. Digelakkan orang.

Salam tahun baru. Rasanya tak terlewat nak ucapkan begitu, walaupun perjalanan tahun ini sudah mula masuk seminggu. Makin hari makin sepi blog ini akibat daripada putus idea. Rupanya, penulisan satu benda yang bukan juga senang.. terutama bila penulisan yang cuba diketengahkan adalah dari hati.
Bila hati tak tenang, menulis tunggang langgang. Ayat tak spontan dan bosan. Bila hati rasa tak suci, maka jalan terbaik jangan menulis, sebab cerita perlu tulus dan murni, supaya rahsianya sampai dan pembaca mendapat manfaatnya.

Teringat sesuatu.. yang tahu akan di'double'kan siksaannya bila dia gagal melaksanakan apa yang dia tahu.

Terus terang.. ini nak sangat dielakkan. Sebab itu aku mengelak menulis apa yang tidak aku buat walaupun aku ada idea. Sekali lagi bila ini berlaku, aku tak menulis.

Berbalik pada intro.. Kenapa azam yang sama, dulu-dulu punya azam yang tak dapat dibuat, akan diucapkan balik ketika munculnya tahun baru. Kemudian, mengundang gelak tawa kawan-kawan. "Tak jadi punyer!!" sindiran pedas mereka.

Bagi aku tak salah memperbaharui azam. Itukan juga yang kita lakukan setiap kali solat?
"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Tuhan sekelian alam"

Inilah matlamat. Memperbaharui azam sama macam mengingat kembali matlamat kita. Tinggal lagi berusaha dan merancang. Gagal merancang adalah merancang untuk gagal. Biarlah aku berhenti di sini, kerana perjalanan tahun ini masih jauh. Bertapaklah perlahan-lahan kerana ratusan tapak terbina daripada satu tapak yang tersusun ke suatu destinasi.

Perincian artikel:
1. Selamat Tahun Baru 2009
2. Buat azam.
3. Buat azam same mcm taun lepas pn x kisah ah..
4. Rancang supaya azam tu menjadi knyataan.
5. Buat sikit2 pun xpe, yang penting istiqamah/berterusan.

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

No comments: