Followers

11 January, 2009

hidayah di KFC

Dlm dunia dok sibuk ngn perang Israel n palestin, sbuk ngn org ajak same2 boikot mcD sbb compny tu dok supot Israel.. ade plak nk hidayah g KFC!!

Bengang x?? Aku pn bengang.. tah cite karut ape tah, nk hidayah kene g KFC. Ni dakyah palsu nk untungkn KFC ke hape ni?!!!

Mlm tu, aku n mber aku naik moto honda wave gerak ke KFC yg dkt ngn tmpt tgal ktorg. Mber aku ni, aku pgil die ust wpn die bkn ust. Tp dr segi agame, jauh die lbh baik dr aku. Ktorg x amik mase lame, 'park' aje moto terus serbu KFC. Mlm tu rmai gak org kt situ. Pnjang gak la mrk beratur.

Ktorg xnk kecoh2, ktorg bratur same. Tenang je suasana mase tu. Ust ngn bjunye yg simple, lyn sms ngn penuh rileks tnpa gabra. Aku plak, tgn msuk poket jeans size tong drum. Wajah tenang je tp tetap tahu matlamat ktorg kt situ.

Bile smp turn ktorg, masing2 senyum. Ust ngn senyum kambing, wt2 muke mcm kambing pdhal da xplu dah. Aku senyum sinis n wt muke mcm sinis, mcm mane sinis pnye muke tu.. aku pn xtau.

"mkn sini ke bgkus?", suara lmbut je tnye.
"mkn.. set no 2", aku jwb.
"Spicy ke original?"
"spicy!". Mate dok tgk muke manis die. Haih~ aku tpikat.

Aku nengok ust senyum. Kntrol gle mamat ni. Tetbe je aku tgk muke ust mkin cute. Pndai die wt2 cute dpn minah konter ni. "Baik nmpk bdk ni.. sopan", x abis2 ayat ni kua time ktorg dok kt meja nk mnikmati mkn aym KFC. Aku agk die pn tpikat gak ngn minah ni. Hisy... xleh ke aku jupe minah ni tnpa ade ust. Skg da susah ble 22 da minat kt minah same.

Ktorg mkn n borak2. Memg ni la matlamat dr td, nk mkn KFC same2. Tp x sgka plak ade awek konter yg cun n ayu.. huhu.. Mau dtg lg la mcm ni. Aku xtau la ust pki mcm mane, tp aku tringin nk jupe awek tu lg. Klu nak hidayah mst la kne dtg KFC, psl dah die kje situ... Nor Hidayah namenye. Dlm ati, nk je aku ckp kt awek tu "sy xde hidayah.. nk hidayah bleh?" Hahaha.. bleh ke ayt pompn mcm tu?

Moral?
Senangkn klu hidayah (bkn name awek) dpt dilihat. Senang cari. Senang tengok, amik dan simpan. Mslahnye DIA jdkn hidayah x sesenang itu... Xdpt dilihat kecantikannya. Xdpt dcari ngn mata.
Same je ngn dosa n pahala.. klu dpt tgk, xke berebut2 org buat phala, n berebut2 plak nk lari dr dosa.

Perincian artikel:
1. Hidayah tidak dapat dengan mudah.
2. Nilai hidayah itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan pendapat akal.
3. Semoga kita diberi hidayah!

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

09 January, 2009

Hepi Tahun Baru, Selamat New Year!!!

Azam tahun ni nak berenti merokok!!
...hehehe.. Digelakkan orang.

Azam tahun ni nak start blaja awal sem n taknak study last minute!!
...hehehe.. Digelakkan orang.

Azam tahun ni nak kuruskan badan!!
...hehehe.. Digelakkan orang.

Salam tahun baru. Rasanya tak terlewat nak ucapkan begitu, walaupun perjalanan tahun ini sudah mula masuk seminggu. Makin hari makin sepi blog ini akibat daripada putus idea. Rupanya, penulisan satu benda yang bukan juga senang.. terutama bila penulisan yang cuba diketengahkan adalah dari hati.
Bila hati tak tenang, menulis tunggang langgang. Ayat tak spontan dan bosan. Bila hati rasa tak suci, maka jalan terbaik jangan menulis, sebab cerita perlu tulus dan murni, supaya rahsianya sampai dan pembaca mendapat manfaatnya.

Teringat sesuatu.. yang tahu akan di'double'kan siksaannya bila dia gagal melaksanakan apa yang dia tahu.

Terus terang.. ini nak sangat dielakkan. Sebab itu aku mengelak menulis apa yang tidak aku buat walaupun aku ada idea. Sekali lagi bila ini berlaku, aku tak menulis.

Berbalik pada intro.. Kenapa azam yang sama, dulu-dulu punya azam yang tak dapat dibuat, akan diucapkan balik ketika munculnya tahun baru. Kemudian, mengundang gelak tawa kawan-kawan. "Tak jadi punyer!!" sindiran pedas mereka.

Bagi aku tak salah memperbaharui azam. Itukan juga yang kita lakukan setiap kali solat?
"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Tuhan sekelian alam"

Inilah matlamat. Memperbaharui azam sama macam mengingat kembali matlamat kita. Tinggal lagi berusaha dan merancang. Gagal merancang adalah merancang untuk gagal. Biarlah aku berhenti di sini, kerana perjalanan tahun ini masih jauh. Bertapaklah perlahan-lahan kerana ratusan tapak terbina daripada satu tapak yang tersusun ke suatu destinasi.

Perincian artikel:
1. Selamat Tahun Baru 2009
2. Buat azam.
3. Buat azam same mcm taun lepas pn x kisah ah..
4. Rancang supaya azam tu menjadi knyataan.
5. Buat sikit2 pun xpe, yang penting istiqamah/berterusan.

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe