Followers

09 March, 2009

Sambung cerita ini...

Kali ni, aku nk para pembaca blog ni sambung citer yg aku tulis ni.. Letakkan je smbungan cite tu kt ruangan komen.. Cite yg aku tulis ni adalah kisah benar. Jd aku akan dedahkan kesudahan sebenar cite ni nanti.

Selain kekreativitian korg, para pembaca.. aku juga nk melihat andaian korg mengenai kesudahan cite ni. Saje.. nk buat mcm kajian sket.. Haha, bkn utk penyelidikan pape pun cume untuk kepuasan diri aku je. :-)

Cite bermula bila jiran Cina kt sebelah umah aku ni mula pelihara sekow anjing. Err.. jap, try ingat balik. Sekow ke dua? Tah, sekow je kot.. Bile da name anjing, memang la keje full time die adalah mnyalak org yg lalu depan umah tu. Walaupun aku adalah jiran yg baik, tp tetap x terkecuali kena salak.

Dalam banyak2 mangsa kene salak ni, adalah seorang budak rempit.. tp die rempit ngn basikal je. Keje part time bdk ni n geng die dlm 2, 3 org lagi adalah lalu depan umah anjing tu, dan baling batu kt anjing yg full time menyalak tu. Aku rase xpatut la bdk tu buat mcm tu kan, walaupun anjing tu binatang haram, tp kite x disuruh seksa die. Tp bdk2 tu seronok betol wat mcm tu.

Suatu petang yang tenang, bdk2 yg slalu dok kacau anjing tu melepak di padang. Padang tu pulak betol2 depan umah anjing. Dorg lepak sambil tengok org bermain bola. Kt umah anjing tu pulak, Tuan anjing ngah ambil kesempatan main2 ngn anjing kesayangan die. Kebetulan mase tu, sedare die dtg ke umah. Sedare die park kete depan umah, turun kete n buka 'gate' tuk masuk. Dan2 time gate terbuka aje, anjing tu terus berlari laju ke padang. Sasarannya.. bdk rempit tu!!!

Anjing tu kejar bdk rempit tu kt pdg. Tuan anjing tu kt belakang anjing, berlari jugak.. cuba nk tangkap tali anjingnye. Namun, kelajuan anjing itu bkn tandingan. Tak dapat jek... Bdk rempit tu lari ketakutan n nk selamatkn diri. Org2 yg tdnye dok tendang2 bola, mula berhenti. Masing2 tergamam. Nak tolong pun, takut sentuh anjing.. takut kene samak, xbiase buat n x ingat care samak yg betul. Hehe.. ade ke.. Mst la takut kene gigit.

Dengan skali lompatan, anjing tu bjaya gigit poket belakang sluar jeans bdk rempit tu. Terkoyak. Klu x terkoyak, maunya anjing tu tergantung kt bontot bdk tu. Tuan anjing dah mengah2 tp masih dok berlari nk tangkap anjing die.. bdk rempit lari lintang pukang sambil jeling2 belakang tengok2 kalu anjing tu dah dekat.. Org yg main bola semua lari ke tepi mengelak daripada mereka.. anjing tu? kejar la...

Bagaimana kesudahannya?
Adakah budak tersebut selamat?

Oleh kerana ni kisah benar, aku bgtau la.. budak tu selamat. Skg korg sambung kesudahan die.. Mcm mane bdk tu boleh selamat?!!



salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

5 comments:

SYINA*MAZLAN said...

budak tu pure2 mati n anjing trus berlalu(cm beruang la kirenyer)bole ke ideologi tu dipakai hahhaa

Anonymous said...

tak tau..mungkin budak tu lari laju drp anjing tu kot..
tak pun die panjat pokok..mungkinla mungkin..

to be continued...

Anonymous said...

ceritanya begini...

sbnrya bukan sekali loncatan..tapi 5 kali loncatan..apa kan daya..

kali ke 5 baru anjing itu berjaya menggigit poket budak itu..

apa lagi..waaaaaaa...menjerit beliau ketika itu..

anjing itu mula kesian pada beliau...lalu dilepaskn begitu je budak itu..

tp sebelum itu..dia berpesan pada budak itu..pasni jgn ganngu sy lagi ye..ini amaran terakhir buat awak..

budak itu begitu terharu..lalu memberikn anjing itu dua ringgit utk beli teh tarik..haus katanya..

anjing..ko ambillah duit ini..beli la air teh tarik..ko haus kan..

anjng itu begitu terharu..terima kasih encik..

begitu lah ceritanya..

moral: jgn kacau anjing yg garang..

voltox

Naimisa said...

tiba-tiba anjing itu keliru.
ditoleh kiri kanan, kiri kanan, kemudian ke belakang.

Mat Rempit sudah menyertai budak-budak yang bermain boleh. Dia berlakon seolah-olah tidak ada apa-apa. Anjing berhenti, kerana adrenalin yang dirembes dalam buah pinggang Mat Rempit itu sudah tidak dikesannya.

Maka sebab orang lain tidak takut kepadanya, maka anjing pun kembali semula ke rumah.

Dan aku pun tutup pintu rumahku, dan berkata, "Bodoh punya anjing!"

Raithab said...

anjing tu bertukar menjadi raksasa dan fire budak2 tu....walaubagaimanapun..budak2 yang disangka manusia itu adalah ultraman 3...mereka pun bertukar menjadi ultraman...lalu jadi lah aksi ganas dan lawan melawan antara mereka....biasala dalam cerita ultraman tiga..akan ada bangunan yang hangus, rumah yang roboh dihempap raksasa yang jatuh akibat ditendang ultrman (sila bayangkan cerita ultraman tiga-hari sabtu 9.00 am TV3, bagi yg ada astro, hari2 ada kul 10 pagi)...