Followers

23 December, 2008

hujan dan budak kecil

Entah mengapa post2 kali ini, aku cenderung untuk bercerita. Cerita tentang apa yang aku lihat, apa yang aku alami dan kadang-kadang bercerita dari cerita-cerita yang aku dengar. Juga aku menulis reka cerita itu, sehingga menjadi satu cerita yang berpaksi dibawah alam separa sedar ku. Nilailah sendiri akan kebenarannya dan rekaan kerana kedua-duanya hanya dipisahkan tembok kukuh yang halus nipis bak kulit bawang.

Hari itu, hujan rintik mengganggu perjalananku yang bermotorsikal ini. Aku mengalah dengan takdir dan berhenti di bawah kanopi kecil, walaupun aku sebenarnya sudah hampir dengan tempat dituju. Tuhan tetap maha tahu. Disediakan-Nya kanopi di situ untuk aku berteduh. Keputusan berhenti ternyata tepat bila hujan mencurah-curah tanpa henti. Lebat dan dingin. Aku kebosanan menunggu. Huu~

Masa berlalu sekian lama, hujan yang tadinya garang mula menunjukkan damainya. Perlahan dan lembut rintiknya. Namun masih belum cukup membuatkan aku meredah jalan itu. Mata mula mengisi imejan-imejan yang ampuh untuk mengisi kotak kebosanan. Lirikan itu terbawa oleh gerak kereta yang mula berhenti dan diletakkan agak hampir denganku. Pintu keretanya dikuak, kiri dan kanan. Keluarlah tiga orang kanak-kanak. Lelaki di sebelah kanan dan dua orang perempuan di pintu kirinya.

Sambil tangan memayungi kepala, masing-masing keluar dan berkumpul di belakang bonet kereta. Si abang, pantas mengangkat penutup bonet, dan si kakak pantas mencapai sesuatu dari dalamnya. Aku masih melihat dan memerhatikan. Dikeluarkan dari dalam bonet sehelai tudung berwarna merah, segera disarungkan oleh kakak kepada adiknya, sedang hujan itu masih jatuh ke badan mereka. Si adik yang berpakaian blaus tanpa lengan itu segera membenarkan kepalanya dilitupi tudung merah persis cewek-cewek sinetron dari seberang itu.

Gelagat kanak-kanak itu terpapar di benakku dan segar didalamnya ketika mereka berlalu pergi tanpa rasa diperhatikan. Aku tersenyum sendiri-sendiri, melihat betapa hukum dipraktikkan tatkala hujan menjadi halangan. Aku juga melihat betapa hukum tidak dididik sempurna kepada para pewaris keturunan bila bertudung dengan baju yang tidak berlengan. Tiada salah pada mereka kerana mereka anak yang tiada tahu apa-apa. Aku melihat betapa mulusnya jiwa si anak kecil, yang diibarat dia s.a.w sebagai kain putih. Dalam hujan aku terus mengelamun.

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

Perincian artikel:
1. Ntah, aku sje nk bcerita.

3 comments:

Anonymous said...

mcam bce novel la post kali ni..

SYINA*MAZLAN said...

melentur buluh biar dr rebungnya..arap anak aku nnti sorg soleh n solehah..amin

Naim said...

Zul, nak buat macam mana? Rajuk (plastik rok-rak) tak ada....

Kalau ada, dia sauk plastik je atas kepala tu...

Huhuhu.... dunia, dunia....