Followers

15 December, 2008

harap jangan tak harap!

Sketsa 1
Amirul seringkali membantu Ehsan dalam pelajaran memandangkan mereka sekelas, malah seasrama. Kelebihannya dalam pelajaran mahu dikongsi bersama supaya Ehsan pun akan maju sepertinya. Segala masalah dalam kerja rumah dibawa berbincang. Jika terdapat nota yang bagus diperoleh Amirul, dia tidak segan-segan membuat salinan dan berkongsi dengan Ehsan.

Suatu hari, Amirul mendapat panggilan kecemasan daripada keluarganya di kampung meminta dia pulang. Hatinya sungguh gelisah dan tidak keruan. Sambil otaknya laju berfikir, dia mengemaskan pakaiannya. Tatkala itu Ehsan datang kepada Amirul dengan kerja rumahnya yang tidak dapat disiapkannya. Permintaan Ehsan supaya membantunya ditolak oleh Amirul dengan alasan dia mahu lekas pulang.

Segalanya berjalan lancar dan masalah di kampung selesai dengan baik. Amirul kembali ke asrama. Akan tetapi dia dikejutkan dengan khabar mengatakan dia seorang yang sombong dan mementingkan diri. Ehsan yang tidak berpuas hati dengan layanan Amirul telah menyebarkan cerita di kalangan kawan-kawannya.

Sketsa 2
Maimun selalu melayan saudara-maranya dengan baik. Segala kenduri-kendara saudaranya jika ada, maka dialah manusia yang paling sibuk menguruskannya. Ke hulu dan ke hilir memberikan tenaganya walaupun tidak diminta. Baginya apalah salahnya menolong mereka, mereka bukan orang lain malah keluarganya sendiri juga.

Pernah juga saudaranya mengadu tentang masalah kewangan yang mereka hadapi. Maimun tanpa mengira masalah kewangannya sendiri begitu bermurah hati telah mengeluarkan sebahagian simpanannya untuk membantu mereka.

Suatu hari, anak Maimun mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke IPTA, nun jauh ke barat tanah air. Maimun ternyata tidak cukup wang untuk pendaftaran, malah tiada kenderaan untuk menghantar anaknya ke sana. Dengan hati berbunga harapan Maimun mendapatkan saudara mara yang pernah ditolongnya, yang pernah diberi pinjam wang kepada mereka. Harapan Maimun hanya satu, mereka harus membantunya kali ini.

"Kami tak dapat menolong." Terkedu Maimun mendengar jawapan itu.

Kesimpulan

Amirul begitu kecewa dengan sikap Ehsan. Tidakkah Ehsan tahu berterima kasih atas apa yang dia berikan kepadanya selama ini? Mengapa Ehsan sanggup menuduhnya hanya kerana ditolak satu permintaan.. Begitu juga Maimun yang sedih dengan sikap saudaranya. Mereka bagaikan tidak tahu menilai perih jerihnya selama ini. Dia membantu mereka tanpa banyak soalpun!!

Pembaca budiman,
Berbuatlah baik kepada sesiapa sahaja yang saudara inginkan.. tetapi janganlah mengharapkan orang yang sama, akan membalas jasa baik saudara. Letakkanlah balasan itu kepada DIA. Kerna DIA tidak pernah lupa akan segala kebaikan yang saudara usahakan walaupun sekadar membuang habuk di pakaian kawan.

Perincian artikel:
1) Buatlah baik kepada sesiapa sahaja dan sebanyak mungkin.
2) jangan harap orang itu membalas budi anda sama seperti ape yang anda buat kepadanya.
3) Kekecewaan anda apabila orang itu tidak buat sama seperti anda akan menyebabkan anda mengungkit pemberian anda dan menghilangkan pahalanya.
4) Sesungguhnya ikhlas itu susah, tidak dapat diistiharkan dengan mulut dan tidak dapat dinilai sendiri melainkan menjadi rahsia DIA. Berusahalah mendapatkan ikhlas.

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

7 comments:

Anonymous said...

sheh mmg betul la pandangan sheh.. :) hehe.. Aku pun banyak tersalah bagi harapan. Tapi, bukan setakat mengharap jasa je tak bleh. tapi usah bagi harapan orang yang kita tolong akan tolong kita balik.

Umpama memberi pen kepada kawan kita, dan kawan kita menulis segala keburukan kita.

IZO

Anonymous said...

ikhlas..sye stuju...

Anonymous said...

bila sketsa 3 nak keluar ye..ada sambungan tak..tak sabarnya..

man kaa na yurii du thawaabad dun ya fa'in dallaahi thawaa bud dun ya wal aakhirah..(annisaa:134)

Anonymous said...

oppss..lupa letak trademark kat atas tu..hehe..voltox

Anonymous said...

teringat plak lirik lgu soleha tu..

mampukah kau untuk berbagi
tanpa hasrat ingin diberi..(mampukah..???)
dihadapaNYA
dihadapnaMU ya Allah..

sesungguhnya manusia takkan bisa
menikmati syurga tanpa ikhlas dihatinya
sesungguhnya manusia takkan bisa
menyantuh nikmatnya tanpa tulus dihatinya..

Anonymous said...

teringat plak lirik lgu soleha..

mampukah kau untuk berbagi
tanpa hasrat ingin diberi..(mampukah..??)
dihadapanNYa
dihadapanMu Ya Allah..

sesungguhnya manusia takkan bisa
menikmati syurga tanpa ikhlas dihatinya
sesungguhnya manusia takkan bisa
menyentuh nikmatnya tanpa tulus dihatinya..

aku mzke said...

haha.. bagus2.. lirik lagu yg baik. aku pun minat lagu ni.