Followers

18 November, 2008

Takutnya Si Ular?

Seekor ular meliuk lintuk di jalanan,
Bersinar matanya, menyeringai taringnya,
Sedang ia mahu ke seberang sana

Seekor ular meliuk lintuk lagi,
Laju gerakannya, cepat liuk lintuknya,
Sedang seberang itu, belum separuh perjalanannya.

Seekor ular meliuk kecemasan,
Di jalan penuh kenderaan,
Di malam penuh kegelapan,
Hanya dijamah cahaya lampu mobil-mobil rakus bergerak.

Seekor ular dengan mata bersinar,
Sudah tidak nampak kegarangan tabiat liarnya,
Yang ada hanya sinar ketakutan,
Seberang yang dituju macam tak tercapai.

Seekor ular seolah makin hilang bisanya.. gusar wajahnya,
Mobil rakus bergerak tidak pernah sempat menyapanya,
Tanya mahu ke mana atau setidaknya biarkan ia sampai ke seberang.

Seekor ular akhirnya digelek juga oleh mobil,
Sakit juga badannya.. Hilang lemah tenaganya,
Tiada liuk lintuk lagi.

Garang wajahnya tidak beerti,
Bisa dirinya tersimpan sendiri,
Seekor ular akhirnya terkapar di jalanan,
Bukan di tepi jalan, bukan di seberang,
Tapi antaranya jua.

Aku manusia yang melihat,
Kesian seekor ular.. gagal juga cubaannya,
Diri sedar bertuahnya manusia,
Dicampak ke bukit, mendaki dia..
Diselam ke lautan, berenang dia..
Dibaling ke udara, terbang dia..

Tidak selemah seekor ular.. melintas jalan pun tersungkur,
Hanya kerana diri tiada daya,
Sungguh benar kata DIA,
Manusia sebaik-baik ciptaan DIA.


salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

2 comments:

aku mzke said...

Ini adalah kisah benar melibatkan seekor ular yang namanya dirahsiakan. Cuma ending cerita sebenar adalah tidak begitu pasti sama ada ular tersebut selamat atau tidak. Aku terpaksa bergerak memandangkan kereta lain ade kt belakang kereta aku. Tak sempat nk tgk ular tu!

Anonymous said...

pertama kali bce post nih sye terharu n menangis..
bertapa lemahnye seekor ular...
lemahnye juga seorng manusia..
bila smpai suatu mse...
akhirnya die sedar sgala kudratnya tidak dpat melawan takdirNYA...