Followers

04 November, 2008

Maha Baik... Dia

Cerita dua insan yang ingin aku kongsi bersama. Dua insan yang berlainan tempat, berlainan masa, berlainan usia, berlainan jantina dan berlainan corak fikirnya. Dua insan yang dipertemukan kepadaku oleh DIA untuk membuktikan betapa Maha Baiknya DIA.

Cerita bermula sebaik sahaja direzekikan DIA kepada kakakku akan pekerjaan di Putrajaya. Hebat jawatannya, gah kedudukannya. Alhamdulillah. Pujian bagi DIA. Menjejakkan kaki ke Putrajaya tanpa saudara mara memaksa kami (ayah, ibu, kakak dan aku) berusaha mencari rumah untuk disewa oleh kakak. Rupanya pencarian kami tidak mudah. Diuji juga!!

Satu demi satu perumahan kami jelajahi. Satu demi satu jalan kami terokai. Satu demi satu rumah kosong kami singgahi. Tidak terkira rumah berpenghuni kami jenguk dan menyapa salam, demi mencari nombor telefon tuan rumah yang masih kosong itu. Namun kegagalan sentiasa menjadi teman...

Tatkala kepenatan mula memanjat batang tubuh kami, langkah kami terhenti di sebuah taska. Riuh keadaannya. Sapaan disambut guru taska. "Tak adalah rumah kosong." ringkas jawapannya membuatkan kami akur dan berpaling mahu melangkah ke kereta. Waktu itu, terdengar suara kecil... "Ada.."

Aku lantas melemparkan pandanganku pada wajah kecil yang hanya menampakkan mukanya dari jendela taska. "Dekat rumah saya ada orang baru pindah", kata budak itu. Cikgu taska tiba-tiba bersuara,"Mana ada. Ada ke?""Ada, baru pindah. Ada label untuk disewa digantung!" jelas kanal-kanak itu. Dapat aku anggarkan dia baru berusia 5 tahun. Tamat cerita satu.

Langkah terus diatur dan terhenti di hadapan 2 buah rumah bersebelahan yang kosong. Gagal untuk melihat sebarang tanda diletakkan memaksa aku pergi ke rumah sebelah yang berpenghuni dengan keadaan pintu rumah yang terbuka. Kelihatan kelibat 2 atau 3 orang kanak-kanak di dalamnya. Aku memberi salam dan kanak-kanak itu kelihatan memanggil ibunya yang berada dalam bilik. Keluar seorang wanita, putih kulitnya, labuh tudungnya. Maka berjalanlah satu perbualan berkisar rumah kosong dan pemiliknya namun jawapan tetap hampa, tidak tahu siapa empunya.

Tiba-tiba, tercetus satu kata-kata dari perempuan ini, "Beginilah kak, kalau tidak dapat rumah, marilah anak kakak tinggal menumpang di rumah saya. Apa yang saya makan, anak kakak makanlah. Saya pun pernah merantau dan faham situasi orang merantau", katanya kepada emakku. Tamat cerita kedua.

Betapa dalam keadaan aku dan keluarga di tempat asing, tiada kenalan dan berkesusahan, masih ada dua insan ini, menunjukkan kebaikan yang bukan kepalang. Aku tidak pernah terfikir akan dibantu oleh seorang kanak-kanak penyumbang maklumat, walaupun selepas dihubungi dan berbincang kami gagal mendapatkan rumah tersebut. Dan aku tidak pernah terfikir, seorang yang tiada pertalian darah denganku akan mengajak kakakku tinggal bersama dengannya.

Sesungguhnya Maha Baiknya DIA.. DIA menjadikan orang baik di dunia ini dan menceriakan dunia ini dengan mereka.






salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

4 comments:

Anonymous said...

shekh mmg hebat..mcm hang tuah..

hanafi said...

M Zul,

pandangan anda sentiasa bagus. teruskan.

aku mzke said...

thanks 4 the comments

Anonymous said...

hmmm..
nak kasi pendpt..
walau x da ptalian darah tp da tanggungjawab sesama muslim..kt sesame islam adalah saudara...
bagus la org yg baik hati tu paham kes2 org merantau...sbb stngh2 org x suka org tumpg2...
hmm mgkn sbb condition x sesuai kot..